Wednesday, January 12, 2011

PeMbElAjArAn MaStErI


Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.
  2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p:
    1. Ciri-giri guru
    2. Gaya pembelajaran pelajar
    3. Kaedah atau aktiviti p&p
    4. Bahan p&p
    5. Nilai-nilai murni
    6. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p
  3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.
Ciri-ciri Guru
  1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:
    1. Menyayangi semua pelajar
    2. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
    3. Mencintai mata pelajaan yang diajar
    4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    5. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
  2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
Gaya Pembelajaran Pelajar
  1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
  2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
  3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
    1. Pelajar visual:
Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat
      1. Huruf atau perkataan
      2. Benda, gambar atau gambar rajah
      3. Demostrasi, tindakan atau lakonan
    1. Pelajar audio:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti
      1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
      2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
    1. Pelajar kinestetik:
    2. Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti:
      1. Menulis atau melukis sesuatu
      2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek
  1. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.
  2. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

bullet
Model Sistem 4MAT
  1. Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut:
    1. Pelajar Imaginatif
    2. Pelajar Analitik
    3. Pelajar Praktik
    4. Pelajar Dinamik
  2. Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:
Ciri
Jenis Pelajar
ImaginatifAnalitikPraktikDinamik
MatlamatMencari makna dan sebab mempelajari maklumatMencari fakta yang menjelaskan konsepMencari kegunaan maklumatMencari sesuatu yang baru
Cara belajarMenggunakan semua deria dan berkongsi ideaBerfikir tentang ideaMenguji teori dan menaakulCuba jaya dan penemuan secara sendiri
SukaBerinterasksi dengan orang lain dan berkongsi ideaPendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumatTahu bagaimana sesuatu berfungsiMencipta atau mengaplikasi maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain
KekuatanInovasi dan ideaMembina konsepMengaplikasi idea yang praktikalTindakan dan menyudahkan sesuatu
Suka menyoalMengapa?Apa dia?Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan?Apakah boleh dicipta oleh saya?
Cara mengajarGunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran ideaTerangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumatBeri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiriBeri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya.
bullet
Model Dunn dan Dunn
  1. Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
  2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya.
Jadual 1
Stimulus
Unsur
Ciri
Alam SekitarBunyiSuka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik
CahayaSuka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya
SuhuSuka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas
PolaSuka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai
EmosiMotivasiBoleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru
KetabahanBoleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek
Tanggung-jawabBertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru
StrukturSuka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara
SosiologiSendiriSuka belajar dengan sendiri
PasanganSuka berlajar secara pasangan
Rakan sebayaSuka belajar dengan rakan sebaya
PasukanSuka belajar dalam pasukan
GuruSuka belajar dengan guru di sebelahnya
Pelbagai caraBoleh belajar dengan mana cara tersebut di atas
FizikalPersepsiSuka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak
MakanSuka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
WaktuSuka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa
GerakanSuka atau tidak suka bergerak semasa belajar
PsikologiGlobal atau AnalitikPelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis
Otak Kiri atau Otak KasnanPelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu
Impulsif atau ReflektifPelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak
bullet
Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri
  1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
  2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
  3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
  4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya:
Syarahan
Penerangan
Penjelasan
Huraian
Demonstrasi
Bercerita
Pembacaan
Memberi nota
  1. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah:
Soal jawab
Latih tubi
Bercerita
Membuat latihan
Penerangan, penjelasan, huraian
Perbincangan
Inkuiri
Penemuan
Bacaan
Sumbang saran
Demostrasi oleh pelajar
Kerja amali
Eksperimen
Projek
Kuiz
Penyelesaian masalah
Reka cipta
Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
Main peranan
Lakonan
Simulasi
Membuat nota sendiri
Lawatan
Pengajaran berprogram
Pembelajarean berbantu komputer
PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)
  1. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
bullet
Pembelajaran koperatif
  1. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
  2. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
  3. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990):
    1. Giliran Ahli Kumpulan
    2. Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran
    3. Pameran Kumpulan:
      1. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
      2. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu.
    4. Memadan Benda
    5. Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda
    6. Kuiz:
      1. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan
      2. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan
      3. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru
    7. Kad Hafalan
      1. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal
      2. Guru menyoal
      3. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi
    8. Semakan Pasangan:
      1. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
      2. Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.
    9. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
      1. Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru
      2. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas
    10. Peta Konsep Berpasukan
    11. Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.
    12. Jawapan Giliran:
      1. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
      2. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan
    13. Penguasaan Secara Beerpasangan:
    14. Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.
    15. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan):
      1. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau perkara.
      2. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.
      3. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.
Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri
  1. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:
    1. Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
    2. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.
  2. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:
Hasil Pembelajaran
Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Pelajar dapat :
  1. Mengenal pasti "huruf".
  2. Menambah sebarang dua nombor 1-10.
  3. Memukul bola hoki dengan cara betul.
  4. Menerangkan proses penghadaman.
  5. Menguji kehadirian kanji dalam daun.
Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf.Biji, batu atau abakus.
Kayu hoki, bola hoki.
Carta organ penghadaman atau video penghadaman.
Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodin).
  1. Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:
    1. Bahan bercetak
    2. Alat pandang dengar
  2. Bahan bercetak meliputi:
    1. Buku teks dan buku rujukan
    2. Dokumen kurikulum
    3. Majalah
    4. Risalah
    5. Akhbar
  3. Alat pandang dengar terdiri daripada:
    1. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer.
    2. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.
    3. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
  4. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:
    1. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.
    2. Boleh dibeli dalam pasaran.
    3. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.
    4. Bolah didapati dengan percuma.
  5. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
    1. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
    2. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
    3. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.
Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap?
  1. Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesedaran
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
  1. Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus memastikan pelajar anda dapat tunjuk atau mengamal hasil pembelajaran khusus berikut:
Berpakaian kemas dan bersih
Berambut kemas dan bersih
Menjaga kebersihan badan
Bercakap dengan sopan santun
Tidak bercakap tentang perkara yang jahat
Membuang sampah di tong sampah
Kerjanya kemas dan teratur
Menyimpan barangnya dengan kemas dan tersusun
Memulangkan barang pinjaman atau yang terjumpa
Bekerja dengan rakan-rakan
Menegur atau menasihati pelajar lain
Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.
  2. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
    1. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.
    2. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
    3. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
    4. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran.
    5. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
    6. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki.
    7. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu.
    8. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif.
    9. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.
    10. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
    11. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan.
    12. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran.
    13. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

No comments:

Post a Comment